Ayuh rakyat Malaysia teruskan undi Nicol David - Utusan Malaysia

Ayuh rakyat Malaysia teruskan undi Nicol David

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peluang ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk merangkul Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia makin cerah selepas selesa mendahului undian berkenaan.

Setakat ini, juara dunia lapan kali itu sudah mengumpul 147,073 undian untuk selesa berada di kedudukan teratas.

Jumlah tersebut jauh meninggalkan pencabar utamanya iaitu atlet sumo Rusia, Batyr Altyev yang mengumpul 70,429 undian.

Atlet racquetball Mexico, Paola Longoria pula mengekori di tempat ketiga dengan 30,542 undian.

Perkembangan terkini itu membuatkan Nicol  terharu dengan sokongan rakyat Malaysia, terutama yang mengundinya untuk meletakkan beliau di kedudukan teratas perebutan anugerah.

“Beberapa hari kebelakangan ini saya benar-benar terharu kerana anda semua meluangkan masa untuk mengundi dan berkongsi dengan keluarga, rakan dan juga media.

“Ini bermaksud anda sentiasa menyokong saya dan saya sangat bersyukur. Terima kasih atas sokongan yang berterusan kepada saya,” tulis Nicol yang memegang rekod sebagai pemain No. 1 dunia  109 bulan berturut-turut.

Seramai 24 atlet yang dicalonkan badan sukan antarabangsa masing-masing akan berentap untuk anugerah berkenaan yang menyaksikan Nicol muncul wakil tunggal dari Asia.

Orang ramai boleh terus mengundi di pautan: http://ow.ly/RINu30rrN0U

Undian sudah dibuka sejak Jumaat lalu namun bermula 20 Januari, hanya 10 atlet dengan undian tertinggi akan terus bersaing bagi anugerah tersebut.

Pada edisi 2019, anugerah tersebut dimenangi pemain hoki dari India, Ritu Pani.

Anugerah itu dianjurkan Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sebagai sambutan ulang tahun ke-40 sukan dunia.

Penganjuran anugerah itu bertujuan memilih atlet terbaik sepanjang zaman yang pernah beraksi dalam mana-mana edisi sukan dunia yang diadakan buat pertama kalinya di Santa Clara, Amerika Syarikat pada 1981.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya