Amarjit dicalon Presiden ACC - Utusan Malaysia

Amarjit dicalon Presiden ACC

Amarjit Singh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal melakar sejarah unik apabila Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bersetuju mencalonkan Datuk Amarjit Singh sebagai Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) bagi pemilihan penggal 2021-25.

Keputusan tersebut dicapai sebulat suara menerusi Mesyuarat Exco PKBM yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Abu Samah Abd Wahab dalam satu mesyuarat secara dalam talian kelmarin.

Abu Samah menjelaskan keputusan Exco PKBM membuktikan Malaysia tidak pernah ketandusan pemimpin pada peringat benua Asia kerana sebelum ini Tan Sri Darshan Singh pernah menerajui ACC.

“Tan Sri ialah bapa kepada Amarjit. Memang ini satu lakaran sejarah yang sangat unik kepada Malaysia. Saya amat berharap Amarjit akan memenangi pertandingan Presiden ACC bagi penggal depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Abu Samah menjelaskan, beliau juga pernah menjadi pemangku Presiden ACC dan beberapa kali mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif ACC rentetan Presiden ACC, Cho Hee Wook dari Korea Selatan tidak dapat hadir kerana sakit.

“Justeru, pencalonan ini sangat bermakna kepada MNCF dan Datuk Amarjit sendiri. PKBM percaya kepada kebolehan dan bakat yang dimiliki oleh Datuk Amarjit,” katanya.

Sebagai rekod, Amarjit ialah Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang berpangkalan di Aigle, Switzerland.
Di peringkat ACC, beliau ialah Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif ACC yang turut menyandang jawatan Bendahari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya