United jumpa pendahulu La Liga - Utusan Malaysia

United jumpa pendahulu La Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NYON: Selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara, Manchester United masih berpeluang merangkul kejuaraan Eropah, namun laluan yang diterima anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer tidak begitu mudah.

Red Devils akan bersaing dalam Liga Europa yang menyaksikan mereka melangkah ke separuh akhir musim lalu dan menjadi juara 2017.

Begitupun mereka berdepan laluan berliku apabila diundi menentang pendahulu La Liga, Real Sociedad pada pusingan 32 akhir hari ini.

United masih dianggap pilihan untuk memenangi pertemuan dengan pasukan yang kini diwakili bekas pemain mereka, Adnan Januzaj.

Melihat kepada prestasi semasa Sociedad ketika ini, pertemuan itu jelas tidak tidak mudah.

Tottenham pula akan berdepan wakil Austria, Wolfsberger sementara Arsenal menentang kelab Portugal, Benfica.

Satu lagi wakil Liga Perdana Inggeris, Leicester Cit akan bertemu Slavia Prague.

Aksi pertama akan berlangsung pada 18 Februari manakala perlawanan kedua pula pada 25 Mac.

UNDIAN PUSINGAN 32 AKHIR
Wolfsberger lwn Tottenham
Dynamo Kyiv lwn Club Brugge
Real Sociedad lwn Man United
Benfica lwn Arsenal
Red Star Belgrade lwn AC Milan
Royal Antwerp lwn Rangers
Slavia Prague lwn Leicester
RB Salzburg lwn Villarreal
Braga lwn Roma
Krasnodar lwn Dinamo Zagreb
Young Boys lwn Bayer Leverkusen
Molde lwn Hoffenheim
Granada lwn Napoli
Maccabi Tel-Aviv lwn Shakhtar Donetsk
Lille lwn Ajax
Olympiacos lwn PSV Eindhoven

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya