TSC nampak 'sinar di hujung terowong' - Utusan Malaysia

TSC nampak ‘sinar di hujung terowong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagaikan ada sinar di hujung terowong buat pasukan benua negara, Team Sapura Cycling (TSC) apabila mengetahui tiga perlumbaan berbasikal yang terpaksa ditunda sebelum ini susulan pandemik Covid-19 akan diteruskan tahun depan.

Pengurus TSC, Sayuti Zahit berkata, ia melibatkan Jelajah Malaysia dari 6 hingga 10 April, Le Tour de Femina (7-12 September) dan Tour of Peninsular (13-17 Oktober).

Berita itu menyuntik motivasi mereka untuk terus berjuang pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita ada perlumbaan di laman sendiri. Bagi saya ia satu perkara positif buat pasukan, terutama kepada pelumba.

“Ia juga membolehkan setiap pelumba memasang azam dan menetapkan matlamat dalam jelajah tersebut, serta lebih bermotivasi untuk berlatih,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia samalam.

Isnin lalu, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab mengesahkan, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) telah meluluskan pendaftaran ketiga-tiga kejohanan berkenaan, bagaimanapun ia masih bergantung kepada keadaan semasa pandemik.

Mengulas lanjut, Sayuti berkata, TSC yang berada di ranking pertama Jelajah Asia bakal dibahagi kepada dua pasukan bermula tahun depan.

“Kami akan pecahkan kepada dua pasukan iaitu Pasukan I dan II.

“Pasukan I akan mengikuti kalendar Asia dan Eropah, manakala Pasukan II duduk di Eropah dan menyertai kejohanan di benua tersebut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya