Tok Gajah 'goda' jurulatih luar - Utusan Malaysia

Tok Gajah ‘goda’ jurulatih luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bekas jurulatih skuad kebangsaan Filipina dan Serbia antara empat jurulatih import yang berminat membimbing Sri Pahang FC dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, ramai ejen dan jurulatih import menghubungi Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) bagi menyatakan minat melatih skuad Tok Gajah.

“Saya ada berunding dengan beberapa ejen dan jurulatih, terutama tiga tawaran daripada mereka yang mempunyai
nama besar dalam bidang kejurulatihan.

“Tawaran itu termasuk daripada Thomas Dooley yang pernah berganding dengan Jurgen Klinsmann sewaktu melatih
skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS).

“Dooley juga jurulatih pasukan kebangsaan Filipina 2014 selama empat tahun sebelum dilantik pengarah teknikal
juara liga Vietnam, Vettle FC yang layak ke peringkat kumpulan kejohanan AFC 2018,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Mohammed Suffian turut mengesahkan, bekas jurulatih Sabah musim 2012/2013, Milomir Seslija yang pernah membimbing Arema FC, Madura FC dan Persiba Balik Papan FC dalam Liga Indonesia turut ber-
minat melatih Tok Gajah.

“Seorang lagi jurulatih yang berminat Risto Vidakovic iaitu bekas tonggak skuad kebangsaan Yugoslavia dan per-nah menjadi penolong jurulatih kebangsaan Serbia pada 2006/2007.

“Bekas pengendali Melaka United pada 2017/2018, Eduardo Almeda juga tidak ketinggalan mencuba nasib selepas
membimbing Semen Padang FC di Indonesia dan kekan Ubon dalam liga Thailand,” katanya.

Menurutnya, penilaian dan pemilihan jurulatih oleh pengurusan tertinggi PBNP juga tidak terhad kepada jurulatih
import tetapi turut melibatkan pengendali tempatan termasuk Dollah Salleh.

Bekas pemain kebangsaan itu dilihat berjaya mengemudi skuad Tok Gajah dengan baik musim lalu walaupun sering dibelenggu masalah kecederaan dan kehilangan pemain tempatan serta import.

Dollah, 57, juga berjaya membentuk gandingan pemain senior dan muda sehingga mampu memberikan saingan dalam Piala Malaysia dan menghuni tangga kelapan Liga Super.

“PBNP belum mempunyai kata putus sama ada mahu mengikat jurulatih import atau tempatan tetapi kita akan umum bila tiba masanya nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.