Selamat tinggal Portimonense - Utusan Malaysia

Selamat tinggal Portimonense

SAFAWI Rasid diraikan rakan-rakan sepasukan di Portimonense yang bakal ditinggalkan bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bintang Harimau Malaya Safawi Rasid difahamkan akan pulang ke tanah air bulan ini sekali gus tidak menghabiskan kontraknya secara pinjaman dengan pasukan Portimonense yang sepatutnya berakhir Mei tahun depan.

Menerusi gambar di Insta story @Portimonense1 telah memuat naik video Safawi yang berbaju hitam bergambar dengan semua rakan sepasukannya.

“Safawi kita adalah satu keluarga dan kami mendoakan yang terbaik untuk anda dan Johor sentiasa istimewa,” tulis dalam status tersebut.

“Terima kasih,” tulis pemilik Johor Darul Ta,zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Instagram @hrhcrownprinceofjohor.

Hasrat peminat bola sepak negara untuk melihat Safawi atau mesra dipanggil Pawi membuat penampilan buat kali pertama di Liga utama Portugal itu tidak kesampaian meskipun pemain muda itu beberapa kali disenaraikan dalam skuad 18 pemain Portimonense.

Biarpun empat kali tersenarai dalam skuad 18 pemain namun itu belum cukup untuk pengendali Portimonense SC, Paulo Sergio menurunkan Safawi sehingga menyaksikan Facebook Portimonense dihujani ratusan komen daripada penyokong Malaysia yang amat kecewa.

Kepulangan Pawi juga bakal memberi impak kepada jumlah pengikut kelab Portugal itu di media sosial Facebook dan Instagram apabila kebanyakan peminat dari Malaysia memilih untuk ‘unfollow’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya