Salah naik gaji? - Utusan Malaysia

Salah naik gaji?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool hampir pasti menawarkan kontrak lebih lumayan kepada Mohamed Salah bagi memastikan bintang Mesir itu tidak ‘lari’ ke Real Madrid atau Barcelona, lapor media Britain semalam.

Kontrak Salah akan berakhir pada pertengahan 2023, dan ketika ini dia menikmati gaji sekitar 200,000 pound (RM1.08 juta) seminggu.

Salah, 28, sentiasa memberikan aksi konsisten sejak menyertai Liverpool dari Roma pada 2017.

Dalam tiga musim terakhir, dia berjaya meledak 94 gol (semua pertandingan), malah musim ini sahaja Salah sudah mencetak 16 gol dari 21 perlawanan.

Bagaimanapun beberapa hari lalu, peminat Reds dikejutkan dengan kenyataan rakan baik Salah bahawa pemain itu mungkin  berhijrah ke Sepanyol kerana tidak lagi gembira di Anfield.

Mohamed Aboutrika, bekas rakan sepasukan Salah dalam skuad Mesir memberitahu beIN Sports: “Saya ada hubungi Salah tentang situasi di Liverpool dan dia amat kecewa, namun keadaan itu tidak menjejaskan prestasinya di atas padang.

“Saya tahu Salah tidak gembira di Liverpool, dia beritahu saya beberapa sebab tetapi semua itu rahsia saya tak boleh bercakap kepada umum.

“Tapi ya, salah satu punca dia tidak gembira apabila tidak dipilih sebagai kapten ketika menentang FC Midtjylland.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.