Piya masih 'power' pada usia 38 tahun - Utusan Malaysia

Piya masih ‘power’ pada usia 38 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Selepas semusim ‘berehat’, legenda bola sepak Kelantan, Mohd. Badhri Radzi kembali dalam saingan kompetitif pada usia 38 tahun dengan memperkuatkan Kelantan United dalam Liga Malaysia (Liga M) tahun depan.

Kehadiran Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya diumumkan Presiden Kelantan United, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dalam Majlis Tandatangan Kontrak Pegawai, Pemain Serta Perjanjian Penajaan Pasukan bagi musim 2021 semalam.

Piya bukanlah ‘gula-gula’ yang digunakan untuk menarik sokongan peminat terhadap
pasukan, sebaliknya pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 itu hadir bagi memperkasakan pasukan.

“Piya memberikan komitmen yang dia akan beraksi bersungguh-sungguh dan membantu KUFC (Kelab Bola Sepak Kelantan United) dalam Liga Perdana nanti.

“Selain itu, KUFC turut membawa masuk seorang lagi tonggak veteran untuk memperkasakan pasukan iaitu bekas bek kiri Petaling Jaya City, Mohd. Fitri Omar,” kata Che Abdullah.

Ketika KUFC beraksi dalam Liga M3, Piya antara watak penting yang membantu pasukan merangkul kejuaraan.

Che Abdullah berkata, Kelantan United musim depan adalah hasil adunan pemain muda dan veteran yang masih bertenaga.

Beliau optimis, barisan pemain itu mampu dibentuk dengan baik oleh pengendali dari Jepun, Akhira Higashiyama.

“Bagi menempa kejayaan, kami perlukan pasukan yang berdisiplin. Sebab itulah KUFC pilih Higashiyama.

“Sasaran KUFC selari dengan Higashiyama iaitu berada dalam kelompok empat terbaik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Che Abdullah berkata, KUFC lebih selesa membuat perbelanjaan berhemat dengan memperuntukkan RM5 juta untuk tujuan operasi pasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya