'Pemain kami kurang cita-cita' - Utusan Malaysia

‘Pemain kami kurang cita-cita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jose Mourinho menyelar pemainnya dianggap kurang ‘bercita-cita’ selepas misi Tottenham untuk mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris menerima tamparan hebat pagi tadi.

Spurs melepaskan peluang untuk melonjak ke tangga ketiga selepas jaringan Romain Saiss pada minit ke-86 membolehkan Wolverhampton mengikat kedudukan 1-1 di Stadium Molineux.

Tanguy Ndombele sebelum itu meletakkan Tottenham di depan hanya 57 saat selepas perlawanan bermula, namun Spurs gagal melancarkan sebarang percubaan selepas 21 minit permainan.

Itu bermakna Tottenham kini mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan, sekali gus kekal di tangga kelima dengan enam mata di belakang pendahulu, Liverpool.

“Saya sangat kecewa dengan keputusan ini. Kami mengawal permainan dan ada 89 minit untuk meledak lebih banyak gol tetapi itu tidak berlaku.

“Ia bukan semata-mata tentang gagal mencipta jaringan tetapi pemain juga langsung tidak mengancam lawan dan kurang cita-cita.

“Pada saya, itu masalah utama kami,” kata Mourinho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.