Pemain Arsenal amat terluka - Utusan Malaysia

Pemain Arsenal amat terluka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui, pemainnya memasuki ‘perjuangan terbesar’ selepas mengalami kekalahan kelapan dalam Liga Perdana Inggeris pagi tadi.

Gunners tewas 2-1 kepada Everton untuk kekal di tangga ke-15 liga dengan 14 mata, hanya empat mata dipisahkan dari zon penyingkiran.

Arsenal menang sekali daripada 10 perlawanan terakhir liga, meletakkan kedudukan Arteta kini dalam bahaya hanya empat bulan selepas membawa pasukan itu menjuarai Piala FA.

“Kami mendominasi perlawanan, mencipta banyak percubaan, malangnya tuah tidak berpihak kepada Arsenal dengan rembatan terkena palang.

“Pemain kami masih berjuang, cuma mereka amat terluka ketika ini,” kata Arteta kepada Sky Sports.

Arsenal menerima tamparan hebat sebelum perlawanan selepas kapten dan penyerang utama mereka, Pierre-Emerick Aubameyang diketepikan akibat kecederaan betis.

Dia baru menemui sentuhan dengan meledak gol pertama dalam liga sejak September ketika Arsenal seri 1-1 dengan Southampton, Rabu lalu.

Peminat Arsenal kini bimbang, jika trend kekalahan berterusan apakah Gunners akan turun liga buat kali pertama sejak 1919?

Arsenal bakal berdepan tugas getir menentang Chelsea dalam aksi liga seterusnya, Ahad depan.

Dalam perlawanan di Goodison Park pagi tadi, gol sendiri Rob Holding pada minit ke-22 meletakkan Everton di depan, namun Nicolas Pepe menyamakan kedudukan menerusi penalti, minit ke-36.

Beberapa saat sebelum babak pertama tamat, Yerry Mina mengesahkan kemenangan tuan rumah, sekali gus melonjakkan Everton ke tangga kedua liga dengan 26 mata, lima di belakang Liverpool.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya