Messi pecah rekod Pele - Utusan Malaysia

Messi pecah rekod Pele

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pada usia 33 tahun, kehebatan Lionel Messi nyata masih sukar untuk dibendung.

Dalam aksi La Liga pagi tadi, penyerang Argentina itu mengatasi rekod jaringan Pele untuk sebuah kelab apabila meledak gol ke-644 buat Barcelona ketika menumpaskan Valladolid 3-0.

Messi menjaringkan gol ketiga Barcelona pada minit ke-65, sekali gus membantu pasukan terus menghambat pendahulu liga, Atletico Madrid yang menang 2-0 ke atas Real Sociedad dalam satu lagi perlawanan.

“Ketika saya mula bermain bola sepak, saya tidak pernah terfikir untuk memecah rekod seperti ini.

“Saya hanya mampu berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu selama ini, rakan sepasukan, keluarga, rakan dan semua yang menyokong saya setiap hari,” kata Messi.

Messi menyamai rekod Pele pada Sabtu lalu ketika Barca seri 2-2 dengan Valencia.

Kedua-dua pemain itu menjaringkan gol hampir sama untuk kelab mereka.

Ini adalah aksi kompetitif ke-749 buat bintang Argentina itu bersama Barcelona, bermakna dia menjaringkan gol dalam setiap 1.16 perlawanan.

Pele pula meledak 643 gol dalam 757 perlawanan bersama Santos di antara 1956 dan 1974. Legenda Brazil itu telah meledak satu gol dari setiap 1.17 perlawanan.

“Seperti anda, saya tahu bagaimana gembiranya memakai jersi yang sama setiap hari.

“Seperti anda saya tahu tiada yang lebih baik daripada berada di tempat yang kita rasa seperti di rumah,” kata Pele selepas Messi menyamai rekodnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya