Messi beli rumah mewah di Miami - Utusan Malaysia

Messi beli rumah mewah di Miami

KELUARGA bahagian Lionel Messi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Lionel Messi dikatakan sudah membuat persiapan awal untuk berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dengan membeli pangsapuri mewah bernilai 7.25 juta pound (RM39.79 juta).

Begitupun bintang penyerang Argentina itu dijangka tidak meninggalkan Sepanyol dalam masa terdekat kerana mahu menyambung kontrak bersama Barcelona sehingga 2023 sebelum bersara di Miami.

Messi, 33, yang sudah bersama Barcelona sejak 19 tahun lalu sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG) apabila kontraknya berakhir hujung tahun depan.

Bagaimanapun menurut media tempatan, Cadena SER, Messi membatalkan hasrat untuk meninggalkan Camp Nou dalam masa terdekat.

Porsche Design Tower yang terletak di Pantai Sunny Isles, Florida.

Menurut akhbar tersebut, pemain itu mahu anak-anaknya mendapat pendidikan di sekolah tinggi Amerika Syarikat sebelum memasuki universiti di sana.

Messi sudah merancang persaraannya lebih awal dengan membeli pangsapuri mewah Porsche Design Tower  setahun setengah yang lalu.

Pangsapuri 60 tingkat itu yang dibuka pada lewat 2016 menghadap Pantai Sunny Isles, Florida dan memiliki lif khas untuk mengangkut kereta pemilik rumah, malah terletak kira-kira 25 minit dari Stadium Inter Miami.

Pemilik enam gelaran Balon d’Or itu dikatakan mahu meneruskan kariernya bersama kelab milik bekas bintang England, David Beckham, Inter Miami yang bersaing dalam Liga Bola Sepak Utama (MSL). – AGENSI

Porsche Design Tower mempunyai lif untuk mengangkut kereta tuan rumah.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya