Menang pun tak gembira - Utusan Malaysia

Menang pun tak gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mourinho berang, tuduh Alli punca masalah

LONDON: Jose Mourinho menuduh pemain tengahnya, Dele Alli sebagai pencetus masalah ketika Tottenham menewaskan Stoke City 3-1 pada suku akhir Piala Liga pagi tadi.

Bintang penyerang Wales, Gareth Bale memberi permulaan baik buat Spurs di Stadium Bet365 apabila membuka jaringan  pada minit ke-22.

Begitupun Alli menyebabkan Stoke memperoleh gol penyamaan menerusi Jordan Thompson apabila bola hantarannya dipintas lawan pada minit ke-53.

Kesilapan Alli mencetus kemarahan Mourinho, yang menggantikan pemain England itu beberapa minit kemudian.

Ben Davies kembali meletakkan Tottenham di depan dengan gol pertamanya sejak 2017 sebelum kapten England, Harry Kane mengesahkan tempat ke separuh akhir.

“Pemain di posisi itu (tengah) sepatutnya mencipta gerakan buat pasukan, bukan mencetus masalah kepada pasukannya sendiri.

“Dalam situasi itu, serangan balas kami sepatutnya berakhir dengan gol tetapi sebaliknya ia berakhir dengan lawan pula melancarkan serangan balas.

“Kami tidak stabil kerana apabila anda menyerang, pertahanan anda keluar dan pemain tengah berada di tempat lain. Lawan memerangkap kami dengan serangan balas, jadi saya kecewa,” kata Mourinho.

Tottenham bagaimanapun berpeluang menamatkan kemarau kejuaraan Piala Liga sejak 2008 dengan mara ke separuh akhir untuk bertemu kelab Liga Kejuaraan, Brentford. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya