Maut ditimpa lampu limpah - Utusan Malaysia

Maut ditimpa lampu limpah

ANGGOTA bomba dan perubatan cuba menyelamatkan seorang petugas padang yang ditimpa lampu limpah di penghujung perlawanan Liga Perancis antara FC Lorient menentang Stade Rennais di Stadium Moustoir, Lorient, Perancis semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RENNES: Petugas padang Lorient meninggal dunia selepas ditimpa lampu limpah padang sebaik saja tamat perlawanan Ligue 1 membabitkan kelab berkenaan yang tumpas 0-3 kepada Rennes.

Datuk Bandar Lorient, Fabrice Loher mengesahkan berita berkenaan selepas laporan meluas dalam kalangan media Perancis mengenai insiden itu.

“Seorang petugas pasukan penyelenggaraan padang yang bekerja untuk kelab itu meninggal dunia selepas lampu padang jatuh secara tidak sengaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang pemain gantian Rennes menyedari perkara berkenaan kerana mereka masih lagi di dalam padang ketika kemalangan berkenaan berlaku.

Pemain dan petugas perubatan bergegas ke dalam padang untuk membantu dan ia disertai anggota bomba sejurus kemudian.

Ada yang berada di tepi padang dalam keadaan terkejut tatkala petugas cuba untuk menyelamatkan lelaki berusia 38 tahun itu namun disahkan meninggal dunia di hospital. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya