Liverpool sedia jual Salah - Utusan Malaysia

Liverpool sedia jual Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mohamed Salah tidak gembira di Liverpool dan Reds mempertimbangkan untuk melepaskan pemain itu, kata bekas rakan sepasukannya dalam skuad Mesir, Mohamed Aboutrika.

Aboutrika berkata, tidak dijadikan kapten ketika Liverpool menentang FC Midtjylland dalam aksi Liga Juara-Juara awal bulan ini bukan satu-satu sebab Salah tidak gembira di Anfield.

“Saya ada hubungi Salah tentang situasi di Liverpool dan dia amat kecewa, namun keadaan itu tidak menjejaskan prestasinya di atas padang.

“Saya tahu Salah tidak gembira di Liverpool, dia beritahu saya beberapa sebab tetapi semua itu rahsia saya tak boleh bercakap kepada umum.

“Tapi ya, salah satu punca dia tidak gembira apabila tidak dipilih sebagai kapten ketika menentang FC Midtjylland,” kata Aboutrika kepada beIN Sports.

Kata Aboutrika, 42, jika Salah pemain Real Madrid atau Barcelona dan dia mempamer prestasi sama seperti di Liverpool dia sudah pasti memenangi gelaran Ballon d’Or.

“Pada pandangan saya, Liverpool akan mempertimbangkan untuk menjual Salah atas sebab ekonomi.

“Saya tiada sebarang pengaruh dalam keputusan Salah, dia hanya rakan dan seperti adik saya. Dia cukup bijak untuk membuat keputusan terbaik,” kata Aboutrika.

Salah, 28, mengharapkan diberi lilitan kapten dalam aksi Kumpulan D, 9 Disember lalu selepas Jordan Henderson dan Georginio Wijnaldum memanaskan bangku simpanan manakala James Milner serta Virgil van Dijk kedua-duanya cedera.

Pengurus pasukan, Jurgen Klopp sebaliknya memilih pemain berusia 22 tahun, Trent Alexander-Arnold sebagai ketua pasukan dalam perlawanan yang menyaksikan Salah meledak gol seawal minit pertama dan Reds seri 1-1.

Trent Alexander-Arnold diberi lilitan kapten ketika menentang FC Midtjylland.

“Sejujurnya saya amat kecewa.

“Saya menjangkakan untuk menjadi kapten tetapi itu keputusan pengurus, saya terima,” kata Salah ketika ditemubual akhbar Sepanyol, Diario AS. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya