Lampard bengang Chelsea kalah lagi - Utusan Malaysia

Lampard bengang Chelsea kalah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WOLVERHAMPTON: Frank Lampard berang kelekaan Chelsea menyebabkan mereka tewas 2-1 kepada Wolverhampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi tadi, iaitu kekalahan kedua berturut-turut buat pertama kali sejak dia membimbing pasukan itu.

Dua kali dalam tempoh empat hari Blues mensia-siakan peluang untuk merampas takhta liga selepas tewas kali pertama dalam 18 perlawanan di Everton, Sabtu lalu.

Kata Lampard, pemainnya terbawa-bawa dengan rekod 18 perlawanan tanpa kalah sehingga gagal memberi tumpuan dalam dua aksi terakhir.

“Persembahan akan mencerminkan keputusan.

“Kami bermain baik dalam 18 perlawanan tetapi selepas sudah lama tidak dikalahkan mungkin pemain sudah terlalu selesa.

“Jika anda mula terfikir anda telah bermain dengan baik maka di saat itulah sesuatu yang tidak betul akan berlaku,” katanya yang tersentak dengan jaringan kemenangan lawan melalui Pedro Neto pada waktu kecederaan.

Lebih banyak bukti ditunjukkan bahawa Chelsea masih dalam fasa perubahan apabila dua pemain termahal mereka, Timo Werner dan Kai Havertz gagal menyerlah.

Skuad kendalian Lampard jatuh ke tangga kelima, tiga mata di belakang Tottenham dan Liverpool yang berentap di Anfield awal pagi esok.

Olivier Giroud memberikan permulaan baik buat Chelsea dengan meledak gol awal empat minit selepas bermula babak kedua namun Daniel Podence menyamakan kedudukan pada minit ke-66.

Neto kemudian meledak selepas serangan balas pantas sebelum penamat perlawanan lalu membawa Wolves ke pertengahan liga dan tiga mata daripada kelompok empat teratas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya