Impian Daniel jadi kenyataan - Utusan Malaysia

Impian Daniel jadi kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Harimau Selatan bakal diperkuatkan  seorang lagi import, tiga pemain tempatan baharu

ISKANDAR PUTERI : Selepas beberapa bulan dirisik Johor Darul Ta’zim (JDT), pemain tengah skuad bawah 23 tahun negara, Daniel Amier Norhisham akhirnya sah milik Harimau Selatan.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur berusia 23 tahun itu diperkenalkan oleh pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata,  juara Liga Super tujuh musim berturut-turut itu juga bakal menandatangani seorang penyerang import dan tiga pemain tempatan sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula.

Daniel Amier yang sebelum ini beraksi bersama Felda United mengikat kontrak dua tahun dan akan memakai jersi No. 16.

“Proses melengkapkan perpindahan pemain sudah mencapai 95 peratus, cuma ada beberapa perkara perlu dimuktamadkan,” kata Tunku Ismail dalam  sidang akhbar di Ibu Pejabat Kelab Bola Sepak JDT, Gelang Patah hari ini.

Tunku Ismail berkata, hari ini juga JDT menandatangani bakat muda dari Indonesia yang akan dilaporkan oleh media asing di negara jiran itu.

“Bila kita beli pemain, mereka bukan hanya nampak di sini, mereka berada di merata-rata. Contohnya Endrick dos Santos yang sudah beraksi selama dua tahun di Pulau Pinang adalah pemain kami, malah kami ada pemain yang beraksi di luar negara.

“Siapa sahaja kita tandatangani di JDT, satu untuk kejayaan masa pendek atau pelan jangka panjang.

“Bintang muda inilah yang akan mengetuai JDT pada suatu hari nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya