Gilbert lancar bola ragbi Piala Dunia Wanita - Utusan Malaysia

Gilbert lancar bola ragbi Piala Dunia Wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama bola ragbi, Gilbert melancarkan reka bentuk bola rasmi yang bakal digunakan dalam saingan Piala Dunia Ragbi Wanita (RWC) pada 18 September hingga 16 Oktober di New Zealand tahun depan.

Reka bentuk bola tersebut memaparkan ciri-ciri warisan dan sejarah New Zealand menerusi gabungan warna hijau, biru gelap dan hitam serta logo rasmi RWC 2021, yang mengambil konsep riporipo iaitu corak tradisi Maori.

“RWC tahun depan bakal memberikan pengalaman bermakna buat semua khususnya dalam dunia ragbi dan Gilbert akan sentiasa memberi sokongan penuh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Komersil Gilbert Rugby, Richard Gray dalam satu kenyataan hari ini.

Laman sesawang gilbertrugby.com membuka tempahan untuk memiliki replika bola tersebut kepada peminat ragbi seluruh dunia, manakala bola rasmi RWC 2021 akan mula berada di pasaran seawal Mac tahun depan.

Sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 1991, RWC 2021 turut mencipta sejarah sebagai kejohanan pertama berlangsung di hemisfera selatan.

Sembilan pasukan telah melayakkan diri ke RWC 2021 iaitu England, Australia, Kanada, New Zealand, Perancis, Amerika Syarikat, Fiji, Afrika Selatan dan Wales.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya