Faizal ketuai jentera serangan THT - Utusan Malaysia

Faizal ketuai jentera serangan THT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penjaring kedua terbanyak Liga Hoki Malaysia (MHL), Faizal Saari bakal terus meledak selepas diberi tugas mengetuai serangan Pasukan Hoki Terengganu (THT) musim depan.

Cabaran diletakkan di bahu penyerang prolifik itu selepas THT melupakan hasrat sekurang-kurangnya mengekalkan pakar flik, Jang Jonghyun, dari Korea Selatan.

Menurut Pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT), Mohd. Fikri Harun, bisa Faizal terus ditagih untuk membolehkan pemain berusia 29 tahun itu mengulangi 14 gol yang dijaringkannya dalam MHL 2020.

“Reputasi Faizal selaku antara penyerang terbaik di rantau ini akan terus menjadi taruhan THT pada saingan musim depan yang bermula 14 Januari nanti.

“Selain itu, adiknya iaitu Fitri, bekas ketua pasukan negara di sampinh Shahrun Nabil Abdullah dan Nabil Fikri Mohd. Noor juga akan menjadi tunjang utama THT,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohd. Fikri berkata, walaupun menggunakan khidmat pemain tempatan, namun dia optimis barisan THT 2021 boleh menggalas cabaran itu

Dalam pada itu, katanya, jurulatih, K. Rajan merupakan individu paling layak membimbing THT untuk menyaingi juara liga dan Piala TNB, Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Menurutnya, pengalaman sebagai bekas jurulatih remaja negara ke Piala Dunia 2009 selain melatih pasukan TNB selama 12 musim membuktikan kredibiliti anak jati Perak itu.

“Devan arif tentang liga tempatan selain menjadi ketua jurulatih Singapura sebelum ini, jadi kita yakin beliau tiada masalah membentuk pasukan THT.

“Diketuai Faizal sebagai penyerang, tidak mustahil THT akan menambah baik pencapaian tangga ketiga liga dan naib juara Piala TNB,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.