City tambah derita Arsenal - Utusan Malaysia

City tambah derita Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ibarat jatuh ditimpa tangga.

Selepas mencatat prestasi buruk dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Arsenal kini tersingkir pula dari suku akhir Piala Liga.

Manchester City menambah derita anak-anak buah Mikel Arteta apabila membenam mereka 4-1 dalam aksi di Stadium Emirates, pagi tadi.

Ia kekalahan keempat Arsenal dalam enam perlawanan terakhir (semua pertandingan), sekali gus meningkatkan lagi tekanan Arteta yang terus berdepan desakan dipecat.

“Sukar untuk ditelan melihat aksi kami dalam perlawanan ini. Menentang lawan seperti Manchester City, jika anda memberi gol mudah, permainan akan menjadi sukar.

“Banyak perkara pelik berlaku dalam setiap perlawanan kami dan ia menyukarkan lagi keadaan.

“(Alexs) Runarsson tidak banyak bermain untuk pasukan. Kita semua ada melakukan kesilapan dan perlu menyokongnya,” kata Arteta.

GABRIEL Jesus (kiri) membuka jaringan Manchester City. – AFP

City bermula garang apabila hanya memerlukan tiga minit untuk mendahului menerusi Gabriel Jesus.

Alexandre Lacazette berjaya menyamakan kedudukan 1-1, namun Arsenal gagal menghalang anak-anak buah Pep Guardiola daripada terus membolosi gawang mereka.

Kesilapan penjaga gol simpanan,  Runarsson membiarkan sepakan percuma Riyad Mahrez melepasinya membolehkan City menambah gol kedua.

Phil Foden dan Aymeric Laporte turut menemui sasaran untuk terus menambah tekanan Gunners.

Dalam satu lagi aksi suku akhir, kelab Liga Kejuaraan Brentford, mengejutkan pasukan Liga Perdana Inggeris, Newcastle United 1-0 menerusi jaringan Josh Dasilva.

Skuad kendalian Thomas Frank itu sudah menyingkirkan West Brom, Southampton dan Fulham dalam laluan ke suku akhir. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya