Chelsea tengah 'semput' - Lampard - Utusan Malaysia

Chelsea tengah ‘semput’ – Lampard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Chelsea, Frank Lampard mengakui, pasukannya sedang melalui tempoh sukar selepas menutup 2020 dengan hanya satu kemenangan daripada lima aksi terakhir Liga Perdana Inggeris.

Dua hari selepas kalah 3-1 kepada Arsenal, Blues diikat 1-1 oleh Aston Villa pagi tadi, dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Lampard melakukan enam pertukaran daripada pasukannya yang tewas kepada Arsenal, namun hanya mampu mengutip satu mata di Stamford Bridge.

Selepas Olivier Giroud memberikan permulaan baik buat Blues menerusi gol minit ke-34, Anwar El Ghazi menyamakan kedudukan lima minit selepas babak kedua bersambung.

FRANK LAMPARD

“Kami seri dengan pasukan yang bagus. Chelsea bermain baik hari ini dan berhak menang, malangnya kami gagal menang.

“Sekarang adalah masa yang amat sukar dan kami perlu berjuang untuk melepasi situasi ini.

“Tiada siapa yang mengecewakan saya malam ini, semua orang bermain dengan baik, kami hanya tidak bernasib baik,” kata Lampard.

Chelsea menghuni tangga keenam liga dengan berkongsi 26 mata bersama Villa, namun Villa berada di tempat kelima menerusi perbezaan gol, selain memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya