Aksi Everton, City tunda gara-gara Covid-19 - Utusan Malaysia

Aksi Everton, City tunda gara-gara Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris di antara Everton dan  Manchester City yang sepatutnya berlangsung pagi tadi ditunda selepas beberapa kes baru Covid-19 dikesan dalam skuad The Citizens.

Pada Jumaat lalu, City mengumumkan empat keputusan ujian pasukannya positif melibatkan pemain, Kyle Walker dan Gabriel Jesus serta dua staf kelab.

“Berdasarkan nasihat pasukan perubatan Liga Perdana dan perbincangan kedua-dua kelab, aksi hari ini ditunda.

“Selepas ujian terkini Covid-19, terdapat beberapa lagi kes positif dicatat. Sebelum ini empat keputusan positif dilaporkan pada Krismas.

“Demi menjaga keselamatan kami tidak  berkompromi kerana ia boleh mengundang risiko virus mungkin merebak kepada skuad, staf serta juga pihak luar,” kata City dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan peraturan Liga Perdana perlawanan tidak akan ditunda kecuali jika kelab tersebut mempunyai tidak sampai 14 pemain yang cergas.

Bagaimanapun menurut penganjur liga, perlawanan itu ditunda sebagai langkah berjaga-jaga berdasarkan nasihat bahagian perubatan.

Tiada aksi pagi tadi menyebabkan kedudukan Everton di tangga kedua liga dipintas oleh Leicester City yang mencatat keputusan seri 1-1 dengan Crystal Palace.

City kekal di tangga kelapan dengan 26 mata, enam mata di belakang pendahulu, Liverpool. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya