fbpx

25 Januari 2021, 5:45 pm

  TERKINI

Tottenham ibarat ‘kuda padi’

JOSE MOURINHO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jose Mourinho mendakwa, Tottenham ibarat ‘kuda padi’ dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris biarpun pasukannya kini mengungguli saingan selepas seri 0-0 dengan Chelsea malam tadi.

Spurs kembali merampas takhta dengan berkongsi 21 mata bersama juara bertahan, Liverpool, manakala Chelsea mengekori di tangga ketiga menerusi 19 mata.

“Tottenham bukan calon (juara). Kami tiada pun dalam perlumbaan, kami bukan kuda.

“Saya tidak tahu apa perkataan yang tepat. Kami hanya kuda kecil, kuda muda…Hanya kuda padi,” kata Mourinho.


PENJAGA gol Tottenham, Hugo Lloris (kiri) menepis tandukan pemain tengah Chelsea, Christian Pulisic dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London malam tadi. – AFP

Tottenham memberi permulaan pertama kepada pemain bernilai 11 juta pound (RM59.72 juta), Joe Rodon dan membandingkan pertahanan tengah itu dengan bintang Brazil, Thiago Silva yang beraksi buat Chelsea.

“Selepas bertahun-tahun beraksi, Thiago Silva masih antara pertahanan tengah terbaik di dunia. Mungkin sebulan gaji Thiago boleh membayar Joe untuk sepanjang tahun.

“Keputusan seri di Stamford Bridge adalah perkara positif dan menghuni tangga teratas liga juga sesuatu yang positif. Namun, pemain saya tidak gembira dan itu bermakna mereka tidak mudah berpuas hati,” katanya.

Sementara itu pengurus Chelsea, Frank Lampard berkata, pasukannya sudah melakukan segala-gala yang perlu, menguasai permainan, mengawal perlawanan dan mengatur sebanyak mungkin serangan tetapi masih gagal meraih kemenangan.

“Kami melakukan percubaan yang cukup untuk memenangi perlawanan ini,” katanya. – AFP