Peminat kecewa lagi Pawi tak beraksi - Utusan Malaysia

Peminat kecewa lagi Pawi tak beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Safawi Rasid akhirnya disenaraikan dalam skuad utama Portimonense pada aksi Liga Primeira, malangnya selepas menunggu sehingga tamat permainan dia masih tidak diturunkan.

Peminat bola sepak negara yang setia menunggu aksi sulung bintang Harimau Malaya itu kecewa lagi, dan Portimonense pula tumpas kepada juara bertahan, Porto 3-1 pagi tadi.

Sekali lagi, seperti dijangka Facebook  Portimonense diserang peminat Malaysia yang geram tidak dapat melihat aksi pemain kesayangan mereka selepas menunggu sehingga lewat pagi.

PEMINAT teruja untuk melihat Safawi Rasid beraksi selepas disenaraikan dalam skuad utama.

“Bikin ngantuk je tengok pawi tak main..balikkan je pawi ke JDT..,” tulis pemilik akaun Gasan Sawah.

“Aku dah siap rekod kot2 Pawi main..rupa tak main…deletelah tak payah tengok..left group ,” kata Jamal Santos.

“Pancing menjadi semalam, steady min teruskan pancing make sure lepas ni guna mesin Shimano pulak semalam dah Abu Garcia,” tulis Mohamad Nesrullah.

“Terima kenyataan buat masa ni Pawi bagi coach belum bersedia, tapi menyenaraikan Pawi sebagai pemain simpanan merupakan tanda2 awal Pawi bakal diturunkan tak lama lagi. Fikir positif je,” kata Nicklos Nex.

Biarpun tidak beraksi, namun ia pasti pengalaman berharga buat Safawi sebelum bersedia diturunkan oleh pengurus pasukan, Paulo Sergio untuk aksi berikutnya.

 

Dalam perlawanan itu, Portimonense mengejutkan Porto dengan mendahului saingan seawal minit ke-14 menerusi Beto.

Tuan rumah bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan hasil tandukan Chancel Mbemba, sebelum menambah gol menerusi Mehdi Taremi dan Sergio Olivei.

Porto kini melonjak ke tangga keempat dengan 13 mata, manakala Portimonense menghuni kedudukan tercorot dari 18 pasukan dengan sekadar mengutip empat mata daripada tujuh perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya