Neitzel pengendali baharu Selangor - Utusan Malaysia

Neitzel pengendali baharu Selangor

Karsten Neitzel
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan pelantikan Karsten Neitzel sebagai ketua jurulatih pasukan itu bagi mempersiapkan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia, musim hadapan.

Bekas pengendali kelab divisyen 4 Jerman, RW Essen dan pembantu ketua jurulatih Urawa Reds serta Freiburg itu selamat tiba di Malaysia bulan lalu dan sudah menjalani proses kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner berkata, Neitzel adalah individu terbaik untuk membawa Red Giants ke peringkat lebih tinggi berbekalkan pengalaman 10 tahun dalam bidang kejurulatihan tertutama ketika membawa pasukan Holstein Kiel untuk naik ke divisyen 2 liga Jerman.

“Saya cukup mengenali Karsten kerana dia bekas pemain saya. Dia pernah bermain sebagai pemain tengah dan bermain untuk pasukan saya di divisyen kedua Jerman sebelum beraksi di Bundesliga dan dia sangat hebat.

“Cukup bagus untuk kami di pihak pengurusan melantik seseorang yang cukup saya kenal sebagai ketua jurulatih dan dia juga memiliki kebolehan dalam mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan.

“Untuk membina pasukan terbaik did negara ini, kami perlu melakukannya dengan cara tersendiri iaitu menggunakan gaya permainan serta program pembangunan tersendiri. Kami perlu memberikan keutamaan dalam melahirkan pemain sendiri untuk beraksi dalam Liga Super.

“Karsten juga adalah seorang yang berani dan bersedia memberikan ruang kepada pemain muda sekiranya mereka ada kualiti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya