Maradona selamat disemadikan - Utusan Malaysia

Maradona selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Ribuan penyokong mengucapkan selamat tinggal kepada Diego Maradona sebelum dia dikebumikan di pinggir bandar hari ini.

Legenda bola sepak Argentina itu selamat dikebumikan menerusi satu majlis yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat di kawasan perkuburan Bella Vista yang terletak di pinggir Buenos Aires.

Salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, pemenang Piala Dunia 1986 itu meninggal dunia kelmarin pada usia 60 tahun, sekali gus mengejutkan seluruh dunia.

“Saya fikir Diego akan hidup selama-lamanya. Saya menjangkakan dia tidak akan mati.

“Sangat sedih meratapi kematian seorang yang sering memberi kegembiraan kepada kami,” kata pemandu bas berusia 63 tahun, Antonio Avila di luar kawasan perkuburan.

“Dia adalah yang terbaik di dunia. Kami akan merinduinya dan kematiannya amat melukakan hati kami,” kata Diego Armando Cabral yang diberikan namanya sempena Maradona.


Suasana tenang di tanah perkuburan jauh berbeza berbanding situasi yang kadangkala tidak terkawal di Buenos Aires.

Polis anti rusuhan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah dalam pertempuran dengan penyokong yang membaling batu ketika berkabung meraikan pemergian legenda itu.

Berpuluh ribu orang berbaris seawal pagi untuk memberi penghormatan terakhir kepada Maradona yang diletak di dalam keranda dibaluti bendera Argentina dan jersi No. 10 di Istana Presiden.

Selepas menunggu lama, penyokong mula hilang sabar sehingga memaksa anggota keselamatan mengalihkan keranda Maradona ke tempat lain sebagai langkah keselamatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya