fbpx

21 Januari 2021, 8:30 pm

  TERKINI

Kulit lobster yang pernah dimakan Maradona, dikering dan dibingkaikan

Bingkai yang mengandungi (atas kiri kanan) kulit udang dan pinggan mangkuk dan gelas yang pernah digunakan Diego Armando Maradona semasa menginap di Hotel Blue Nile pada 2012 dilihat dipamerkan di hotel tersebut di Kannur, India hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANNUR, India: Walaupun kriket adalah sukan No. 1 di India, namun kematian Diego Maradona mengejutkan salah sebuah negeri di negara itu yang mengisytiharkan tempoh berkabung selama dua hari, manakala penyokong pula berkumpulan di bilik hotel yang pernah diduduki legenda bola sepak itu.

Maradona yang meninggal dunia pada usia 60 tahun malam tadi, sangat dihormati di Kerala tatkala kulit lobster yang pernah dimakan ketika lawatan pada 2012 juga turut dikering dan dibingkaikan.

Sekumpulan peminat dan wartawan menuju ke Hotel Blue Nile di Kannur untuk memberi penghormatan selepas kerajaan negeri mengumumkan tempoh berkabung serta pemuzik tempatan pula mengalunkan lagu ditujukan khas kepada legenda berkenaan.

Pemilik hotel, Ravindran Veleimbra mengimbau kembali detik Maradona masuk ke lobi hotelnya.

“Dewa kami sudah sampai, beliau berada di depan kami,” katanya kepada AFP.

Lawatan Maradona menimbulkan kekecohan di negeri bahagian selatan India itu, yang mengubah tradisi sukan daripada kriket kepada bola sepak.

Veleimbra masih ingat peristiwa di mana segerombolan peminat memakai jersi biru dan putih Argentina memenuhi jalan raya, malah ada yang mengharungi perjalanan beratus kilometer menaiki kereta, bas serta basikal.

Apa saja barang yang Maradona sentuh di Bilik 309 semuanya dijadikan bahan pameran. – AFP