Dua gol sendiri bantu Arsenal bangkit - Utusan Malaysia

Dua gol sendiri bantu Arsenal bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal yang merehatkan beberapa pemain utama bangkit daripada permulaan hambar sebelum menewaskan kelab Norway, Molde 4-1 dalam aksi Liga Europa pagi tadi.

Beraksi tanpa Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette, Thomas Partey dan Kieran Tierney dalam kesebelasan utama, Gunners ketinggalan 0-1 selepas Martin Ellingsen meledak gol cantik buat Molde di minit ke-22.

Bagaimanapun, dua jaringan sendiri pasukan lawan membolehkan Arsenal bangkit mendahului perlawanan di Emirates.

Nicolas Pepe dan Joe Willock kemudian menambah derita Molde apabila meledak dua lagi gol tuan rumah.

Hanya Bernd Leno dan Willian dikekalkan daripada kesebelasan skuad yang menewaskan Manchester United 1-0 hujung minggu lalu.

Permulaan goyah Gunners membolehkan Ellingsen menghukum mereka menerusi rembatan lencong ke penjuru gawang.

Arsenal menyamakan kedudukan pada minit ke-45 selepas Kristoffer Haugen tertolak bola hantaran Eddie Nketiah ke pintu gol sendiri.

Malang terus menimpa Molde pada minit ke-62 selepas Sheriff Sinyan yang cuba mengeluarkan percubaan Willock menanduk bola ke gawang sendiri.

Pepe kemudian merembat bola untuk gol ketiga Arsenal pada minit ke-69 sebelum Willock menambah jaringan keempat untuk mengekalkan rekod kemenangan Gunners dalam Kumpulan B.

Arsenal kini memenangi kesemua tiga perlawanan untuk mengumpul sembilan mata maksimum, tiga mata di depan Molde. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya