Seluruh Lazio dikuarantin, pemain positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Seluruh Lazio dikuarantin, pemain positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Lazio yang sudah kehilangan beberapa pemain hari ini mengumumkan, mereka meletakkan seluruh skuad dalam kuarantin selepas diuji positif Covid-19.

Kelab Itali itu menentang Brugge dalam Liga Juara-Juara, Rabu lepas tanpa penjaring terbanyak Eropah musim lalu, Ciro Immobile serta pemain tengah Luis Alberto, Manuel Lazzari, Lucas Leiva dan Djavan Anderson.

Lazio, yang seri 1-1 dalam perlawanan tersebut telah menjalani ujian lanjut semalam.

“Ada beberapa anggota pasukan diuji positif,” kata Lazio dalam satu kenyataan hari ini tanpa mendedahkan nama pemain.

Ini kali pertama Lazio mengesahkan kes Covid-19 dalam pasukannya setelah ‘meragui’ keputusan ujian minggu lalu biarpun kehilangan pemain.

“Seluruh pasukan akan melakukan pemeriksaan sekali lagi hari ini untuk mengenal pasti pemain yang boleh diturunkan dalam perlawanan menentang Torino esok.

“Mereka yang diuji positif akan diletakkan dalam rumah yang terasing daripada pasukan sepanjang tempoh kuarantin dan akan berada di bawah pengawasan kakitangan perubatan,” tulis kenyataan itu.

Lazio yang kini menghuni tangga ke-12 dalam Serie A akan bertandang ke Rusia untuk menentang Zenit pada saingan Liga Juara-Juara, Rabu ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya