Lang Merah segarkan badan di Langkawi - Utusan Malaysia

Lang Merah segarkan badan di Langkawi

PEMAIN Kedah menjalani aktiviti untuk menguatkan semangat berpasukan di Pulau Langkawi hari ini. - IHSAN KEDAH FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedah memanfaatkan saingan Piala Malaysia yang tertangguh dengan bersantai di Pulau Langkawi untuk menyegarkan badan sambil melakukan aktiviti bagi mnenguatkan semangat berpasukan.

Beberapa aktiviti riadah telah diatur sepanjang tiga hari bagi memastikan pemain Lang Merah kekal aktif dan bersemangat sebelum menghadapi Piala Malaysia bulan depan.

“Tujuan utama kami ialah untuk memperkukuhkan kerjasama antara pasukan dengan pelbagai program, bukan hanya untuk berehat.

“Kami masih mempunyai program-program tertentu, bagi memastikan pemain terus aktif selain melakukan aktiviti bukan bola sepak kerana kami tidak mempunyai pertandingan selama tiga minggu.

“Lagi pun pemain-pemain telah bekerja keras dalam tujuh permainan sebelum ini. Maka apa yang perlu ketika ini ialah, pemain mendapat cukup rehat dan juga untuk memastikan pemain kembali sebagai satu pasukan.

“Insya-Allah kami akan memberi fokus kepada Piala Malaysia,” kata Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak yang dipetik kepada Bernama.

 

 

Kedah menempah tiket ke saingan AFC 2021 selepas menumpaskan Perak 3-2 dalam perlawanan terakhir Liga Super minggu lalu, sekali gus muncul naib juara di belakang Johor Darul Ta’zim.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Usahawan dan Koperasi negeri Mohd. Firdaus Ahmad menyifatkan, kehadiran pasukan Kedah ke Langkawi sebagai misi serampang dua mata, bukan sahaja sebagai lokasi latihan tetapi juga boleh mempromosi pelancongan pulau itu, yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Pasukan akan berada di Langkawi selama tiga hari dua malam bermula hari ini. Selain latihan ringan, mengembalikan semula kecergasan menerusi kehadiran mereka ini, kita mahu sampaikan mesej keadaan pulau ini amat baik tanpa sebarang kes aktif COVID-19,” katanya yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.