fbpx

25 November 2020, 10:10 pm

  TERKINI

Janji tak bolos – Lampard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Walaupun gagal menang di laman sendiri, Frank Lampard tetap lega memungut satu mata tanpa bolos selepas Chelsea diikat 0-0 oleh Sevilla dalam aksi sulung Kumpulan E, Liga Juara-Juara pagi tadi.

Edouard Mendy kembali daripada kecederaan untuk menggantikan Kepa Arrizabalaga di gawang, namun penjaga gol Senegal itu jarang diuji dalam perlawanan tersebut.

Blues hanya menang dua daripada enam perlawanan musim ini (semua pertandingan) tapi tampak lebih mantap dengan kehadiran Thiago Silva di benteng pertahanan.

Malah, Lampard membuat lima pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding aksi terakhir ketika seri 3-3 dengan Southampton minggu lalu.

“Thiago  sangat bagus hari ini. Dia membawa kualiti dan pengalaman yang memberi kesan kepada pemain lain. Dia memainkan peranan penting kami tidak bolos.

“Lebih banyak kami bermain, pasukan ini akan lebih baik,” kata Lampard.

Menurut pengendali Blues itu, menamatkan perlawanan tanpa bolos memberi keyakinan kepada benteng pertahanan selepas dikritik hebat akibat aksi goyah dalam Liga Perdana.

chelsea telah dibolosi sembilan kali dalam lima perlawanan liga domestik musim ini. – AGENSI