Ab Rasid, CEO baharu Terengganu FC Sdn. Bhd. - Utusan Malaysia

Ab Rasid, CEO baharu Terengganu FC Sdn. Bhd.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Ab Rasid Jusoh, sah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC Sdn. Bhd. berkuatkuasa 15 Oktober lalu.

Terengganu FC dalam satu kenyataan berkata, organisasi itu kini akan bergerak sebagai kelab bola sepak profesional yang diuruskan syarikat dengan struktur korporat.

“Semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan Terengganu FC melangkah mengikut pelan tindakan yang dirancang di samping memastikan mampu bersaing dan terus maju.

“Terengganu FC kini mula membina penstrukturan pengurusan yang kukuh daripada pelbagai sudut kerana itulah kunci kejayaan dalam sesebuah pasukan bola sepak,” katanya dalam kenyataan di laman media rasmi di sini hari.

Ab Rasid bukan nama asing bagi penyokong bola sepak di negeri ini apabila pernah menjadi pengurus pasukan T-Team pada 2007 dan 2013 serta naib presiden PBSNT (2016) selain bekas Pengarah Pelancongan Negeri.

Lantikan itu dilihat seiring dengan langkah penswastaan kelab yang merupakan syarat utama perlesenan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk pasukan yang beraksi pada 2021.

TFC menjadi antara 21 pasukan yang lulus syarat penswastaan pada 5 Oktober lalu, yang antara lain menekankan pemisahan daripada persatuan (FA) kepada kelab bola sepak (FC) sekali gus menjamin slot mereka musim depan.

Turut diumumkan adalah pelantikan Ketua Pegawai Operasi (COO) yang disandang Mohd. Sabri Abas yang juga bekas Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).

Selain itu, Mohd. Sabri merupakan pengurus pasukan skuad Piala Presiden Terengganu FC III dan Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya