Willian mampu julang Arsenal - Utusan Malaysia

Willian mampu julang Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta percaya, Willian akan menjadi watak penting buat The Gunners dan dia tidak mempunyai keraguan untuk menandatangani pemain berusia 32 tahun itu dengan kontrak jangka panjang.

Arteta mengikat pemain sayap Brazil itu selama tiga tahun bulan lalu selepas kontraknya di Chelsea berakhir.

Willian merangkul dua gelaran Liga Perdana sepanjang tujuh tahun di Stamford Bridge namun berhijrah ke Arsenal menerusi perpindahan percuma selepas Chelsea enggan menawarkan kontrak lanjutan.

Arteta terdesak untuk memperbaiki prestasi selepas menamatkan saingan di tempat kelapan musim lalu, kedudukan paling rendah diraih Arsenal sejak 1985 dan dia percaya Willian akan menjadi kunci kepada perubahan pasukan.

“Sepanjang perbincangan saya bersamanya, perkara yang sering diperkatakan adalah cita-cita serta keinginannya untuk menjadi seorang pemain yang mampu membantu kelab dan menjadi sebahagian besar daripadanya.

“Dia mempunyai kualiti istimewa. Dia memiliki pengalaman luas dalam Liga Perdana dan sentiasa diperlukan di saat penting.

“Willian pemain yang tidak pernah gagal turun beraksi. Musim lalu di Chelsea anda dapat lihat jumlah perlawanan dia beraksi termasuklah selepas pandemik Covid-19,” katanya.

Arteta berkata dia tidak kisah untuk mendapatkan pemain berusia lebih 30 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.