Thiago terlepas dua perlawanan Liverpool - Utusan Malaysia

Thiago terlepas dua perlawanan Liverpool

THIAGO ALCANTARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool terpaksa melupakan khidmat bintang baharunya, Thiago Alcantara dalam dua perlawanan akan datang akibat kecederaan.

Pemain tengah Sepanyol itu mempamer aksi memberangsangkan dalam penampilan sulung bersama Reds, Ahad lalu apabila membantu pasukan itu mengalahkan Chelsea 2-0.

“Selepas liga berehat seketika untuk perlawanan antarabangsa, saya pasti dia akan sembuh.

“Tetapi buat masa ini, dia tidak cergas untuk diturunkan dalam dua perlawanan berikutnya,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Klopp berkata, bekas bintang Bayern Munich itu mengalami ‘isu kecergasan ringan’ yang menyebabkan dia turut direhatkan ketika Reds menumpaskan Arsenal 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.

Liverpool akan menerima kunjungan Arsenal sekali lagi pada Khamis ini untuk pusingan keempat Piala Liga sebelum menentang Aston Villa pada perlawanan Liga Perdana, Ahad ini.

Peluang terbaik Thiago, 29, untuk turun beraksi adalah menentang musuh ketat, Everton di Goodison Park pada 17 Oktober ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.