fbpx

24 September 2020, 3:56 pm

  TERKINI

Tarikh, venue Kedah menentang Sabah ditukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aksi Liga Super di antara Kedah dan Sabah yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Aman, Sabtu ini terpaksa ditukar ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Isnin depan.

Perubahan itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan yang memaklumkan pertukaran itu dibuat susulan perkembangan terkini di kawasan terbabit yang menyaksikan Daerah Kota Setar berdepan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran.

Kata Ghani, pindaan itu dilakukan selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai PKPD Daerah Kota Setar yang berkuatkuasa dari 11 September hingga 25 September ini.

“MFL sudah menerima permohonan rasmi daripada pasukan Kedah mengenai permohonan pindaan tarikh dan venue bagi perlawanan terbabit kerana Stadium Darul Aman yang berada dalam Daerah Kota Setar dikenakan PKPD.

“MFL memutuskan aksi terbabit dipinda kepada 21 September dan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur selepas mendapat persetujuan bersama daripada kedua-dua pasukan.

“Pindaan perlawanan juga dibuat selepas mengambil kira segala aspek seperti penyiar rasmi, komersial MFL serta pihak media. Pindaan ini tidak membabitkan perlawanan lain seperti yang sudah dijadualkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ab Ghani turut memuji reaksi positif Sabah yang bersetuju untuk menerima pindaan tarikh dan venue ini.