Petronas janji Rossi kekal kompetitif - Utusan Malaysia

Petronas janji Rossi kekal kompetitif

VAELNTINO Rossi (46) sah milik pasukan Petronas Yamaha SRT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan MotoGP negara, Petronas Yamaha SRT akan mencari pendekatan terbaik untuk menjadikan pelumba baharu mereka yang juga juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi terus kompetitif dalam saingan akan datang.

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, penyertaan Rossi adalah suatu penghormatan besar buat mereka dan pengalaman yang dimilikinya akan menjadi aset utama buat pasukan.

“Sudah pasti kami dapat mempelajari sesuatu daripada Valentino dan pada masa sama kami akan lakukan yang terbaik untuk memastikan dia kekal kompetitif sebagai tanda penghargaan kerana keyakinannya terhadap pasukan ini.

“Kami cukup bertuah dengan peluang ini, kami percaya kombinasi Valentino dan Franco (Morbidelli) akan membantu pasukan ini menjadi lebih kompetitif,” katanya menerusi laman web rasmi Petronas Yamaha SRT.

VALENTINO ROSSI

Sementara itu, Pengarah Petronas Yamaha SRT, Johan Stigefelt berkata, kejayaan mendapatkan khidmat Rossi dalam tahun ketiga penyertaan pasukan dalam MotoGP adalah luar biasa kerana dia merupakan pelumba terbaik dalam sukan itu.

“Sudah lama Valentino tidak bersama pasukan satelit dan kami akan pastikan dia selesa bersama pasukan ini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya