Penalti minit ke-100 selamatkan Red Devils - Utusan Malaysia

Penalti minit ke-100 selamatkan Red Devils

BRUNO Fernandes meraikan jaringannya ketika membantu Manchester United mengalahkan Brighton 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Amex, Brihton hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepakan penalti Bruno Fernandes pada minit ke-100 menghancurkan hati Brighton, dan mengadiahkan kemenangan dramatik 3-2 buat Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Amex sebentar tadi.

Skuad The Seagulls menjangkakan mereka berjaya berkongsi mata bersama Red Devils selepas Solly March menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-95.

Bagaimanapun ketika permainan memasuki minit ke-100 dalam waktu kecederaan, United mendapat peluang keemasan selepas bola terkena tangan Neil Maupay dalam kotak penalti sendiri.

 

‘Raja penalti’, Fernandes tidak melakukan kesilapan apabila merembat bola untuk mengesahkan kemenangan pertama pasukannya musim ini, sekali gus memadam kekecewaan tewas 1-3 kepada Crystal Palace minggu lalu.

Jaringan itu menebus kekecewaan bintang Portugal itu, yang terdahulu menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah apabila menjatuhkan pemain lawan, Tariq Lamptey.

Maupay menyempurnakan penalti pada minit ke-40 untuk Brighton mendahului 1-0, namun gol sendiri Lewis Dunk, tiga minit berselang, diikuti jaringan cantik Marcus Rashford meletakkan United di depan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.