Pemain bola sepak dalam bahaya - Utusan Malaysia

Pemain bola sepak dalam bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jose Mourinho percaya  pentadbir bola sepak meletakkan pemain dalam bahaya kerana menyusun jadual terlalu padat.

Jurulatih dari Portugal itu meluahkan kemarahan selepas pasukannya, Tottenham menyingkirkan Chelsea untuk mara ke suku akhir Piala Liga awal pagi tadi.

Spurs menang menerusi penentuan sepakan penalti 5-4  selepas perlawanan penuh terikat 1-1.

Skuad kendalian Mourinho terpaksa menempuh empat perlawanan (tiga pertandingan berbeza) dalam tempoh lapan hari.

Hari ini, mereka beraksi pada perlawanan kedua dalam tempoh dua hari selepas seri 1-1 dengan Newcastle dalam saingan Liga Perdana, Sabtu lalu.

Chelsea juga beraksi pada perlawanan kedua dalam tempoh singkat selepas seri 3-3 dengan West Brom, Ahad lalu.

Hanya Eric Dier dikekalkan oleh Tottemham dari pasukan yang memulakan perlawanan ketika menentang Newcastle dan pertahanan England itu jelas keletihan.

 

JOSE Mourinho (kanan) mengakui, Eric Dier amat keletihan ketika diturunkan.

 

“Jumlah minit permainan adalah bahaya. Apa yang saya lakukan hari ini dengan Eric Dier sangat bahaya,” kata Mourinho merujuk kepada kekurangan air yang boleh memberi masalah kepada pertahanan itu.

Kata Mourinho, pemain sepatutnya dilarang beraksi dua perlawanan dalam tempoh 48 jam.

“Apa yang dilakukan Eric Dier bukanlah manusia,” ujarnya.

Gol pertama Timo Werner bersama Chelsea mengukuhkan kebimbangan Mourinho dalam aksi dominan skuad kendalian Frank Lampard.

Namun Erik Lamela menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum tamat dan penjaga gol baharu Chelsea, Edouard Mendy gagal menyekat Dier, Lamela, Pierre-Emile Hojbjerg, Lucas Moura serta Harry Kane menjaringkan penalti. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya