Malaysia tarik diri Piala Thomas/Uber? - Utusan Malaysia

Malaysia tarik diri Piala Thomas/Uber?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ekoran penularan pandemik Covid-19, Malaysia masih mempertimbangkan penyertaan skuad badminton negara dalam Piala Thomas dan Uber di Denmark bulan depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, walaupun negara tidak ada halangan untuk menyertainya dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), namun ia bergantung kepada keputusan beberapa negara lain sama ada untuk menarik penyertaan atau tidak.

Pada masa sama, menurut beliau, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sentiasa berhubung dengan kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai perkembangan mutakhir kejohanan walaupun badan induk itu sudah pun bersedia.

Katanya, BAM juga telah mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi mengemukakan cadangan berkaitan SOP yang perlu diambil negara tuan rumah.

REEZAL MERICAN

“Ada satu atau dua negara mungkin akan buat keputusan (mengenai penyertaan) esok antaranya Indonesia.

“Saya difahamkan jika ada satu, dua negara dari empat atau lima terbaik yang menarik diri maka mungkin (kejohanan) akan ditangguhkan.

“Pada waktu ini, kita tunggu dua atau tiga hari. Cuma tiada halangan buat waktu ini, hanya perlu mematuhi SOP,” katanya selepas Majlis Penyerahan Felo Korporat 2020 di sini hari ini.

Beliau berkata, demikian ketika ditanya pendirian Malaysia mengenai penyertaan Piala Thomas dan Uber selepas beberapa negara mengambil keputusan menarik diri daripada kejohanan berkenaan berikutan kebimbangan penularan Covid-19.

Thailand menjadi negara terbaharu menarik diri daripada beraksi di kejohanan itu selepas Taiwan dan Australia.

Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, walaupun Denmark diklasifikasikan negara hijau bagi Covid-19 tetapi dari soal logistik seperti pemindahan dari lapangan terbang ke hotel perlu mengambil kira risikonya.

“Hotel juga mesti hijau, kalau hotel diduduki oleh mereka yang datang dari negara-negara merah, itu tidak dikira hijau,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya