KJ buat 'comeback' - Utusan Malaysia

KJ buat ‘comeback’

KHAIRY JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Khairy Jamaluddin membuat ‘kepulangan semula’ dalam sukan tanah air apabila dipilih sebagai Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) bagi sesi 2020-2022 hari ini.

Pemilihan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2020 PLBNS di sini.

Khairy menggantikan presiden sebelum ini, Datuk Baharin Mohamed yang memilih mengundur diri selepas lapan tahun memimpin persatuan itu sejak 2013.

Sejurus selepas pemilihannya, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berikrar untuk melahirkan lebih ramai pelumba basikal dari Negeri Sembilan.

“Beberapa langkah dan gerak kerja akan dibincang dalam mesyuarat jawatankuasa pertama nanti.

“Ada beberapa perkara melibatkan matlamat untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai bukan destinasi berbasikal tetapi sebuah negeri yang dapat melahirkan lebih ramai pelumba-basikal dalam semua acara dan juga pegawai-pegawai teknikal.

“Ini melibatkan program pembangunan dan kursus teknikal. Negeri Sembilan bertuah kerana ada Valedrom Nasional secara automatiknya banyak acara boleh dijalankan di negeri ini terutama menggunakan trek veledrom dan BMX.

“Kita juga akan cuba banyakkan acara road cycling (lebuh raya) seperti Jelajah Negeri Sembilan dan lain-lain,” kata Khairy dalam sidang akhbar.

Menurut Khairy, beliau telah meminta keizinan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebelum menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden PLBNS.

“Beliau memberi lampu hijau kepada saya, kalau tak beliau tak izin saya takkan bertanding, saya dahulu pun Menteri Belia dan Sukan jadi siapa-siapa yang bertanding mestilah dapat restu daripada menteri, terutama saya sendiri adalah seorang menteri juga,” katanya.

Khairy, 44, menjadi Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018, malah pernah menggalas jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari 2007 hingga 2010.

Beliau sebelum ini turut menawar diri untuk mencabar jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tetapi membatalkan hasrat ekoran kontroversi yang melanda sebelum pemilihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.