Kedah akhirnya lengkapkan proses penswastaan - Utusan Malaysia

Kedah akhirnya lengkapkan proses penswastaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan telah melengkapkan dokumen bagi penswastaan kelab bola sepak (FC) seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut kenyataan di laman rasmi Facebook KFA, pihaknya mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak dalam membantu KFA untuk melengkapkan proses penswastaan kelab bola sepak.

“Setinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu KFA untuk melengkapkan proses penswastaan FC terutamanya pihak pentadbiran KFA dan pihak berkanun dalam memudahkan segala proses permohonan kelulusan ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan tambahan lima lagi pasukan Liga Malaysia berjaya melengkapkan dokumentasi penswastaan kelab termasuklah Kedah FA.

Kelulusan ini melayakkan Kedah untuk beraksi dalam Liga Malaysia tahun hadapan tertakluk kepada pelesenan kelab FAM.

Menurut kenyataan itu  lagi, pihaknya turut menzahirkan ucapan tahniah Presiden KFA yang juga Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor kepada semua pihak yang merealisasikan kejayaan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya