FAM susun semula perancangan skuad B-19 - Utusan Malaysia

FAM susun semula perancangan skuad B-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menyusun semula perancangan skuad Bawah 19 (B-19) kebangsaan untuk disesuaikan dengan tarikh baharu kejohanan yang akan
diumumkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Dengan berita penangguhan ini, kem latihan pusat Fasa 3 yang sepatutnya diadakan September dibatalkan, begitu juga perlawanan-perlawanan persahabatan
yang telah dirancang.

“Selepas berakhirnya kem latihan pusat Fasa 2 pada 29 Ogos, pemain dilepaskan terus untuk mereka kembali ke pasukan masing-masing bagi mengharungi baki saingan Liga Super dan Liga Perdana.

“Sekretariat FAM akan menyusun semula perancangan pasukan bersama pihak
pengurusan dan juga kejurulatihan. Kita akan maklumkan nanti kepada peminat
dan juga media,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Kelmarin, AFC mengumumkan Kejuaraan B-19 AFC ditangguh ke awal 2021. Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama Qatar, Tajikistan dan Yemen.

Penangguhan itu ekoran situasi semasa
pandemik Covid-19 yang masih tidak menentu, sekali gus menyaksikan AFC tidak dapat meneruskan perancangan untuk
mengadakan pusingan akhir kejohanan berkenaan mengikut tarikh yang ditetapkan itu.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Brad Maloney menerima berita penangguhan itu dengan positif biarpun pasukannya sudah pun melakukan persiapan awal sejak dari kem latihan pusat Fasa 1 bermula 6 Julai lalu.

“Sesuatu yang cukup baik apabila kami dapat berlatih bersama tetapi kami perlu menghormati keputusan AFC demi
kepentingan semua.

“Selepas mendapat tarikh baharu, kami akan susun semula perancangan pasukan dan sekarang kita ikut sahaja apa yang
sudah diputuskan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.