De Roo tinggalkan FAM - Utusan Malaysia

De Roo tinggalkan FAM

PETER DE ROO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter De Roo mengambil keputusan untuk tidak bersama badan induk itu selepas kontraknya tamat pada penghujung tahun ini.

De Roo yang berasal dari Belanda tidak mendedahkan punca sebenar dia membuat keputusan itu namun mengakui ia sukar untuk dibuat.

“Sukar untuk saya membuat keputusan ini, saya seperti belum bersedia untuk meninggalkan kerjaya ini kerana merasakan saya baru sahaja memulakannya.

“Saya bagaimanapun berasa gembira sepanjang bersama FAM kerana berpeluang bekerja dengan ramai individu dalam bola sepak Malaysia. Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan selama ini,” katanya dalam laman Facebook.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sebaliknya memberitahu, badan induk bola sepak negara itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya dalam tempoh terdekat.

FAM sebelum ini melantik De Roo sebagai pengarah teknikal bermula 1 September 2017 dan memiliki pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan termasuk menjawat jawatan sama di kelab Cambuur Leeuwarden dan pasukan kebangsaan Australia Bawah-16 tahun dan Bawah-17 tahun.

Dia juga pernah menjadi Pengarah Teknikal Pusat Kecemerlangan Persatuan Bola Sepak Australia dan Institut Sukan Australia (FFA).

De Roo memiliki lesen khas melatih pemain muda elit dari Persatuan Bola Sepak Belanda, lesen AFC Pro Diploma serta Lesen Bola Sepak Bersyarat dari Persatuan Bola Sepak Australia.

Dia pernah membawa pasukan Bawah-17 tahun Australia ke peringkat separuh akhir Kejohanan AFC Bawah-16 pada tahun 2014 di Thailand sekaligus melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA 2015 Bawah-17.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.