Bale ditakdirkan tidak menjadi pemain Manchester United - Utusan Malaysia

Bale ditakdirkan tidak menjadi pemain Manchester United

GARETH BALE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gareth Bale membuat penampilan pertamanya di Old Trafford pada 2007, namun dia ditakdirkan tidak pernah menjadi pemain Manchester United.

“Kami amat kecewa dengan Southampton ketika itu.

“Kami menjadi pasukan pertama tiba di sana tetapi mereka tidak pernah datang semula kepada kami.

“Bukan budak lelaki itu (Bale) yang menolak kami tetapi Southampton,” kata bekas pengurus United, Alex Ferguson ketika mengimbau memori 2007 di mana Bale berhijrah ke Tottenham biarpun turut dipancing Red Devils.

Bale yang diturunkan di sayap kiri oleh pengendali Tottenham, Martin Jol mempamer aksi hebat dalam penampilan sulung bersama Spurs ketika menentang United pada Ogos, 2007.

Penyokong Tottenham malah menjerit ke arah bintang United, Ryan Giggs ‘kamu tidak sebagus Gareth Bale’.

Malah, ketika United mempunyai ‘kuasa wang dan kedudukan’, mereka kalah kali kedua untuk mendapatkan Bale selepas Tottenham bertindak menjual pemain itu kepada Real Madrid pada 2013.

Sejak itu, Ferguson menegaskan, United tidak akan sesekali menjual pemainnya kepada Real selepas turut kehilangan Cristiano Ronaldo kepada gergasi bola sepak Sepanyol itu pada 2009.

Kini pada usia 31 tahun, Bale sekali lagi dikaitkan dengan United selepas dia terdesak untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris ekoran hubungan dingin dengan Real.

Pada ketika ramai yang menganggap United berada pada petak pertama untuk mendapatkan bintang Wales itu, bekas pasukannya, Tottenham tiba-tiba berada dalam senarai teratas untuk memiliki Bale.

Tottenham di ambang membawa pulang bekas bintangnya itu selepas mencapai persetujuan pinjaman bernilai 20 juta pound (RM106.51 juta).

Akhbar Britain, The Sun dalam pendedahan eksklusif berkata, biarpun turut dipancing United, namun pemain itu lebih berminat untuk kembali ke pangkuan Spurs.

Ejen Bale, Jonathan Barnett juga mengesahkan, sekiranya kembali ke Liga Perdana dan terdapat tawaran daripada Tottenham, maka di situlah Bale akan berada. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya