Arteta kagum dengan Liverpool - Utusan Malaysia

Arteta kagum dengan Liverpool

MIKEL Arteta menonton aksi pemainnya dari luar padang ketika Arsenal menentang Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield, England awal pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mikel Arteta berkata, dia tidak terlalu kecewa selepas tewas 3-1 kepada Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi  memandangkan anak-anak buahnya telah mencapai standard yang diperlukan.

Alexandre Lacazette meletakkan skuad Gunners di depan dalam saingan di Anfield itu setelah memanfaatkan kesilapan Andy Robertson, namun pendahuluan mereka dibayar dengan kekalahan.

Liverpool bagaimanapun bangkit tiga minit kemudian menerusi jaringan Sadio Mane (m-28), Robertson (m-34) dan Diogo Jota (m-88).

Pemain kebangsaan Portugal, Jota meledak gol sulung dalam penampilan pertamanya di Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool.

Arteta secara jujur dalam temubual selepas perlawanan mengakui, Liverpool telah membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri.

 

REAKSI Alexandre Lacazette selepas Arsenal kalah 3-1 kepada Liverpool. – AFP

 

“Kami pada mulanya memegang permainan besar ini. Realitinya, Liverpool lebih unggul daripada kami dalam pelbagai aspek. Anda boleh lihat dalam beberapa fasa.

“Bagaimanapun saya sangat gembira dengan cara pasukan bersaing dan saling mempercayai. Inilah standard yang kami perlu capai.

“Kami menempuh perjalanan yang berbeza. Mereka telah bersama lima tahun, manakala kami baharu meniti beberapa bulan,” kata Arteta.

Sekalipun tidak terlalu kecewa dengan persembahan keseluruhan, namun Arteta mengatakan ada banyak ruang untuk pasukannya perbaiki berdasarkan aksi semalam.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.