Arsenal tak cukup bagus - Utusan Malaysia

Arsenal tak cukup bagus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Biarpun Arsenal meneruskan aksi sempurna dengan menundukkan West Ham 2-1, namun Mikel Arteta mahu membawa masuk dua pemain tengah baharu sebelum jendela perpindahan ditutup.

Gol Eddie Nketiah lima minit sebelum tamat permainan memberi kemenangan kedua berturut-turut buat Gunners dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Kelab London itu sebelum ini menumpaskan Fulham 3-0 minggu lalu.

Alexandre Lacazette meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-25 tetapi Michail Antonio berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama.

Begitupun prestasi bahagian tengah Arsenal nyata membimbangkan Arteta, terutama Granit Xhaka dan Dani Ceballos yang bergelut untuk menyaingi West Ham.

Thomas Partey (Atletico Madrid) dan Huseem Aouar (Lyon) menjadi sasaran Gunners untuk memperkuatkan pasukan.

“Saya amat gembira dengan tiga mata tetapi sudah tiba masanya untuk menilai semula (pasukan) kerana banyak isu yang perlu diperbetulkan.

“Apa yang saya suka ialah aksi 25 minit terakhir di mana pasukan bangkit selepas kecewa sepanjang perlawanan.

“Sekarang, semua bergantung kepada pemain-pemain ini. Kami sentiasa terbuka kepada rundingan.

“Pasaran perpindahan boleh mengejutkan kami. Pasukan lain boleh datang secara mengejut untuk mendapatkan pemain kami, tetapi kami juga akan bertindak balas,” kata Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.