Aksi Kedah, Melaka ditunda ke Ahad - Utusan Malaysia

Aksi Kedah, Melaka ditunda ke Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perlawanan Liga Super antara Kedah menentang Melaka yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar Jumaat ini ditunda ke Ahad.

Keputusan itu dicapai selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menerima permohonan pasukan Melaka yang sedang menjalani proses kuarantin selepas pulang dari Sabah bermula 28 September lalu sehingga hari ini.

Selaras pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 Liga Malaysia (Liga M), perubahan tarikh perlawanan ke-10 liga itu bagi membolehkan Melaka memiliki tempoh persiapan cukup kerana  hanya dibenarkan menjalani sesi latihan sebaik sahaja mendapatkan keputusan ujian swab esok.

“Saya telah dimaklumkan daripada  Melaka pasukan mereka telah menjalani kuarantin di hotel berdekatan Bandar Melaka selama tiga hari selepas menjalani dua ujian calitan (swab) Covid-19 pada 27 dan 29 September lalu.

“Keputusan ujian Covid-19 pada 29 September akan dikeluarkan esok dan kemudian Melaka dibenarkan memulakan latihan.

“Jadi, MFL telah menilai dan mengambil setiap pertimbangan Melaka untuk memohon masa rehat mencukupi serta menjalani latihan.

“Keputusan untuk meminda tarikh perlawanan juga mendapat persetujuan Kedah yang menunjukkan semangat kesukanan tinggi serta memahami kesukaran dihadapi Melaka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ab Ghani mengingatkan semua pasukan sentiasa mematuhi SOP bagi memastikan kesejahteraan Liga M terjamin.

“Kita semua tidak boleh leka kerana kita belum bebas daripada ancaman wabak ini.

“Bersama-sama kita terus berdisiplin mematuhi SOP Covid-19 dan berdoa untuk kesejahteraan kita semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya