Akmal musnahkan hajat besar Amirull - Utusan Malaysia

Akmal musnahkan hajat besar Amirull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pelumba Sapura Cycling Team (TSC), Akmal Hakim Zakaria merampas jersi kebangsaan milik Nur Amirull Fakhruddin Mazuki selepas memenangi acara lepas beramai-ramai elit lelaki Kejohanan Lebuh Raya Kebangsaan 2020 di Bukit Katil, Melaka hari ini.

Akmal merampas jersi kebangsaan daripada pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu selepas mencatat masa terpantas 4 jam 36 minit 3 saat dalam cabaran sejauh 182 kilometer (km).

Amirull sebelum ini melaungkan hasrat melakar sejarah muncul pelumba pertama mempertahanjan jersi kebangsaan dalam tempoh sedekad, namun tewas dia kepada Akmal di penghujung perlumbaan.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd. Wahab menarik nafas lega selepas berjaya menganjurkan kejohanan itu tanpa sebarang masalah besar.

PARA pelumba yang beraksi dalam acara lepas beramai-ramai Kejohanan Lebuh Raya Kebangsaan di Melaka hari ini.

“Ramai yang memantau Kejohanan Lebuh Raya Kebangsaan 2020. Banyak cabaran di peringkat awal tetapi akhirnya semua berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Bagaimanapun kami agak berdebar menunggu ulasan daripada pelbagai pihak khususnya KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kejayaan Akmal Hakim bermakna Sapura menyapu bersih tiga daripada empat gelaran utama iaitu juara lepas beramai-ramai elit lelaki, ujian masa berpasukan (TTT) dan ujian masa individu (ITT).

Acara lepas beramai-ramai Bawah 23 tahun dikuasai pelumba Terengganu A, Muhammad Shahmir Aiman Abdul Halim.

Kancah elit wanita pula menyaksikan pelumba Johor A, Siti Nur Adibah Akma Fuad meneruskan rentak kecemerlangan apabila menguasai acara lepas beramai-ramai sejauh 104km dengan catatan masa 2’32:18s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya