Aaron, Wooi Yik dapat 'tonik' 100Plus - Utusan Malaysia

Aaron, Wooi Yik dapat ‘tonik’ 100Plus

AARON Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik bersama Pengurus Kanan Pemasaran 100Plus, Leong Wai Yin dalam majlis perjanjian penajaan di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini lebih bermotivasi untuk mengharungi Sukan Olimpik 2021 Tokyo selepas dilantik menjadi duta kepada minuman isotonik nombor satu Malaysia, 100Plus.

Wooi Yik berkata, selain Olimpik, dia dan pasangannya juga berazam untuk memburu sekurang-kurangnya satu gelaran dalam pertandingan besar pada masa akan datang termasuk muncul juara Kejohanan Dunia.

“Ya dengan perlantikan ini, kami lebih bersemangat dan bermotivasi untuk bersaing di Olimpik. Tahun depan banyak pertandingan besar dianjurkan.

“Jadi memang kami ingin menang sekurang-kurangnya salah satu daripadanya. Kami belum dapat rasa emas lagi, cuma perak di All England (pada 2019).

“Bagaimanapun, paling penting adalah di Kejohanan Dunia dan Olimpik,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perlantikan pemain beregu tersebut sebagai duta 100Plus di Akademi Badminton Malaysia, semalam.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 menyusuli jejak langkah legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan pemain perseorangan Lee Zii Jia sebagai duta jenama tersebut.

Aaron-Wooi Yik menghasilkan impak besar di pentas antarabangsa selepas berjaya menembusi ranking 10 teratas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) apabila menduduki tangga kesembilan, yang juga tertinggi buat mereka sebelum tercetusnya Covid-19.

Gandingan tersebut berpotensi besar untuk terus melonjak apabila pertandingan disambung semula nanti.

“Sokongan 100Plus ke atas badminton sememangnya sinonim dan merupakan bukti keyakinan mereka terhadap kami, paling utama, pengiktirafan terhadap segala usaha kami.

“100Plus sentiasa menaja pemain ternama, jadi tentunya ini sesuatu yang amat memberangsangkan dan akan menjadi inspirasi kepada kami untuk mencapai kejayaan lebih besar,” kata Aaron mengulas berhubung pelantikan tersebut selama dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.