fbpx

24 September 2020, 5:29 pm

Titah Agong sempena Anugerah SAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan titah pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 Plus 2019 menerusi rakaman video.

Majlis rakaman titah ini dilangsungkan di Istana Negara, hari ini.

Presiden SAM, Jasni Shafie berkata, rakaman titah ucapan baginda akan disiarkan kepada hadirin ketika majlis di Auditorium Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Bukit Kiara, 1 September ini.

“SAM amat menyanjung tinggi dan menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan titah ucapan ini yang pastinya suatu amanat yang amat dinanti-nantikan oleh pengamal media sukan dan atlet negara kita,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut hadir dalam majlis rakaman ini ialah Konsultan F&N yang juga penaja utama anugerah berprestij ini, Datuk Kamal Harun,

Majlis kali ini akan dilangsungkan dalam skala kecil dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan penularan wabak COVID-19.

“Hanya calon akhir kategori kewartawanan sukan, atlet dan beberapa wakil persatuan-persatuan sukan serta ahli SAM sahaja dijemput menghadiri majlis anugerah kali ini.

“Walaupun begitu, prestij anugerah ini akan tetap kekal dengan hadiah kepada pemenang tidak berubah.

“Lebih bermakna ialah apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan titah ringkas melalui rakaman video yang disempurnakan hari ini. Pastinya inti pati yang disampaikan dalam titah itu akan menjadi sesuatu yang dinantikan oleh semua kita,” kata Jasni.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican dijangka hadir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

BERITA BERKAITAN